Thursday, 3 January 2013

Lawatan Tapak KHSAR bersama TNB & JPPH






Sebahagian gambar yang dapat dikongsi untuk pengunjung blog ini. Gambar-gambar ini diambil semasa lawatan tapak bagi tujuan penilaian. lawatan tapak ini telah diadakan selama 3hari bermula 26hb hingga 28hb Disember 2012 bersama-sama Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta(JPPH), Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan Tetuan Jurukur Abadi. Kami dari KHSAR mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama yang telah diberikan.

Wednesday, 2 January 2013

Penglibatan Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta(JPPH) Bagi Maksud Nilaian


Akta Pengambilan Tanah, 1960 (pindaan) membolehkan Pihak Berkuasa Negeri memperolehi mana-mana tanah yang diperlukan:-
  • Untuk mana-mana tujuan awam; atau
  • Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi mana-mana tujuan yang pada pendapat Pihak/Berkuasa Negeri adalah berfaedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian darinya kepada orang ramai secara am atau mana-mana klas; atau
  • Untuk tujuan perlombongan, kediaman, pertanian, perdagangan, perindustrian atau rekreasi atau mana-mana kombinasi
Pentadbir Tanah dari segi undang-undang boleh memperolehi pendapat bertulis tentang nilaian dari JPPH. JPPH akan memberi penilaian bebas ke atas tanah yang diambil. Bagi tujuan yang selain daripada maksud awam, Pentadbir Tanah dikehendaki mendapatkan laporan awal dari JPPH. JPPH akan mengenakan fi bagi penyediaan laporan tersebut berdasarkan Jadual Kedua kepada Kaedah Penilaian dan Perkhidmatan Harta 1999 kepada Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (Akta 242).
Asas penilaian oleh JPPH adalah berdasarkan nilai pasaran sebagaimana yang termaktub dalam Akta. Selain dari nilai pasaran tanah yang diambil, JPPH juga menilaikan pampasan berdasarkan kerosakan kerana pecah pisah, penjejasan terbabit kepada harta tuan tanah yang lain dan kerugian lain. Tarikh nilaian adalah tarikh pengisytiharan dalam warta notis di bawah Seksyen 4, jika ia diikuti dengan pengisytiharan notis Seksyen 8 dalam tempoh 12 bulan; dalam hal lain, tarikhnya adalah pengisytiharan notis Seksyen 8. 
Pemilik Tanah atau mana-mana orang yang berkepentingan dalam pengambilan tanah berhak untuk hadir dalam siasatan yang dikendalikan oleh Pentadbir Tanah. Orang-orang berkepentingan boleh diwakili oleh seorang peguam dan/atau penilai. Jika diwakili oleh seorang penilai dan laporan penilaian disediakan, pihak yang berkenaan boleh menuntut fi penilaian sebagai kos. Semua tuntutan untuk pampasan harus dikemukakan semasa siasatan oleh pentadbir tanah. Jika orang berkepentingan tidak berpuashati dengan pampasan yang diberi oleh Pentadbir Tanah, rayuan kepada Mahkamah Tinggi boleh dilakukan melalui Pentadbir Tanah. (sumber: http://www.jpph.gov.my)