Tuesday, 23 July 2013

Lawatan Tapak untuk Projek Talian Penghantaran 500kV dari Point A - PMU Tapah

Daerah Kg Gajah

Gambar-gambar ini diambil semasa lawatan tapak bagi tujuan laporan tanah oleh Settlement Officer (SO) Daerah Kg. Gajah. Lawatan tapak ini telah diadakan selama 2 hari, melibatkan kerjasama daripada Jurukur Radian dan Jurukur Suasa Sepakat. Wakil daripada pihak TNB juga turut serta menjayakan lawatan tapak ini.

Lawatan Tapak bersama JPPH pula telah dijalankan dengan jayanya pada 3hb dan 4hb Julai 2013.






 

Daerah Hilir Perak

Sebahagian gambar yang dapat dikongsi dibawah ini pula adalah LAwatan Tapak bersama - sama Settlement Officer (SO) Hilir Perak juga bersama Pegawai Penilai daripada JPPH Teluk Intan. Lawatan ini boleh dikatakan amat berjaya kerana telah melibatkan kesemua agensi - agensi penting dalam proses Pengambilan Tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Lawatan tapak telah dilakukan pada 27hb May 2013, melibatkan kerjasama daripada Jurukur Suasa Sepakat dan juga Focus Ukur.






Daerah Batang Padang

Gambar dibawah pula di ambil di daerah Batang Padang melibatkan mukim Chenderiang, Batang Padang dan Bidor. Lawatan Tapak untuk tujuan Laporan Tanah ini berlangsung pada 27 - 29hb May 2013 turut melibatkan kerjasama daripada Jurukur Resources dan Juga Focus Ukur.








Keseluruhannya, lawatan tapak untuk ketiga- tiga daerah ini dianggap amat berjaya dengan kerjasama daripada pihak - pihak yang terlibat. seperti Jurukur - Jurukur, Wakil TNB, Wakil Pejabat tanah dan juga Wakil JPPH.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment