Situated in the fast-developing Bandar Seri Putra, Legundi Residensi are modern and contemporary homes accented with finer fittings that we are sure will meet your expectations. From water feature and detached car porch at the entrance of each home to spacious and practical living area, every aspect of these homes will provide a conducive environment for you and your family to live lives to the fullest. Contact us for details.
Land Area: 35' x 65' | Built Up Area: 2,156 sq.ft. | Price: From RM750,000.00
- Direct Nego With Owner -No Agent & Broker
Monday, 19 November 2012
Tuesday, 11 September 2012
KHSAR, Vendor TNB
KHSAR telah berdaftar sebagai Vendor TNB yang sah untuk melakukan kerja-kerja perolehan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 pada masa-masa akan datang.
Tuesday, 4 September 2012
KHSAR Syarikat Bumiputera
KHSAR telah pun di iktiraf sebagai sebuah syarikat berstatus 'Bumiputera' oleh Kementerian Kewangan Malaysia bermula 29hb Ogos 2012.
Wednesday, 29 August 2012
Harga Rumah/Hartanah Melambung
"SEMEMANGNYA isu harga rumah yang meningkat keterlaluan dewasa ini menjadi isu paling menjadi perhatian bagi rakyat selain kos sara hidup yang semakin tinggi. Bajet 2013 yang bakal diumumkan kelak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memberi tumpuan pada isu harga rumah yang amat menekan rakyat.
Kerajaan juga wajar mengawal harga tanah agar tidak dimanipulasikan oleh spekulator. Meskipun cara ini seolah-olah kerajaan mengambil pendekatan campur tangan dalam pasaran hartanah, namun sebenarnya pendekatan ini adalah pendekatan terbaik."
Petikan Utusan Malaysia
Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan dan Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Keratan Akhbar BH 29/08/2012
Kerajaan juga wajar mengawal harga tanah agar tidak dimanipulasikan oleh spekulator. Meskipun cara ini seolah-olah kerajaan mengambil pendekatan campur tangan dalam pasaran hartanah, namun sebenarnya pendekatan ini adalah pendekatan terbaik."
Petikan Utusan Malaysia
Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan dan Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Keratan Akhbar BH 29/08/2012
Thursday, 19 July 2012
Akta Pengambilan Tanah 1960(Antara Huraian & Kritikan)-bahagian 2
Dalam memenuhi keperluan semasa masyarakat negara pada hari ini, kita memerlukan tanah-tanah yang sesuai dan bersifat dinamik untuk dibangunkan. Bagaimanapun yang menjadi masalah atau ‘stumbling block’ kepada pembangunan ini adalah untuk memperolehi tanah-tanah yang sesuai kerana tanah dianggap sebagai ‘scarce commodity’ yang tidak boleh ditokok tambah melainkan melalui proses tebusguna tanah. Walaubagaimanapun keluasan yang boleh ditebusguna juga adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Pelantar Benua 1966 Semakan 1972 (Continental Shelf Act 1966 Revised 1972). Sekiranya sesuatu pembangunan hendak dilaksanakan secara berterusan, tanah-tanah yang sesuai ini perlu diperolehi. Bagaimanakah caranya untuk kita memperolehi tanahtanah yang memenuhi kriteria tersebut? Mengikut Perlembagaan Persekutuan kita memerlukan satu undang-undang khusus yang mampu mengimbangi hak pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu proses pembangunan hartanah iaitu undang-undang yang dapat memberi keadilan kepada pemilik-pemilik tanah yang akan terjejas jika tanah mereka diambil untuk tujuan pembangunan. Dalam memenuhi kehendak pembangunan, kepentingan awam perlu mengatasi keperluan persendirian. Dengan itu adalah perlu untuk kita meneliti secara terperinci perundangan yang diperuntukkan untuk pelaksanaan sesuatu pembangunan yang diperlukan.
Sumber : www.instun.gov.my
Tuesday, 26 June 2012
Cukai Tanah
Cukai Tanah merupakan cukai yang dikenakan ke atas tanah yang mempunyai hakmilik yang terdapat dalam sesebuah daerah dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri pada tiap - tiap tahun. Cukai tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:
i) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa.
ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.
iii) Apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa.
Pemilik tanah, orang atau badan berkepentingan bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah bagi hakmilik masing - masing. Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:
i) mana-mana individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 500.
ii) mana-mana syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.
Cukai tanah ditentukan mengikut:
- Kegunaan Tanah: Kediaman,Perusahaan,Perniagaan,Pertanian,
- Taraf Tanah: Mukim,Pekan,Bandar
- Kedudukan tanah
- Keluasan tanah
- Dalam atau luar kawasan Rezab Melayu - DESA
Sumber: ptg.melaka.gov.my/ cukaitanahseremban.blogspot.com
Monday, 25 June 2012
Tuesday, 19 June 2012
Akta Pengambilan Tanah 1960(Antara Huraian & Kritikan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam post kali ini, ingin kami kongsi bersama sedikit maklumat berkenaan Akta Pengambilan Tanah 1960. Perkongsian maklumat ini adalah bertujuan memberi kefahaman serba sedikit kepada pengunjung blog ini dimana kebanyakkan Akta Pengambilan Tanah ini diguna pakai dalam perlaksanaan pembangunan negara.
Tanah merupakan sumber terpenting dalam mempergiatkan pelaksanaan pembangunan negara kita. Segala bentuk pembangunan samada pembangunan sosio ekonomi ataupun pembangunan fizikal memerlukan tanah sebagai aset utama. Contohnya tanah-tanah pertanian dan industri yang digunakan secara optimum, efisien dan berkesan telah dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui perancangan pelan pembangunan yang strategik dan bersifat globalisasi secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai rangkaian peluang pekerjaan kepada masyarakat negara kita dan faktor ini turut membantu meningkatkan taraf ekonomi dan kedudukan kewangan penduduk negara yang sekali gus menepati keperluan kebajikan dan sosial mereka. Selain daripada itu keperluan-keperluan lain juga amat diperlukan oleh penduduk negara ini bagi peningkatan kualiti hidup seperti keperluan perumahan. Namun demikian, pembinaan rumah-rumah sahaja tidak mencukupi kerana secara tidak langsung ia turut menuntut keperluan kawasan lapang, lain-lain kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan lain-lain keperluan kemasyarakatan. Dalam kerancakan aktiviti sektor perumahan, keperluan turut difokuskan kepada pembangunan infrastruktur tertentu yang merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan seperti pembinaan jalan raya dan lebuhraya.
Sumber : www.instun.gov.my(bersambung pada bahagian 2)
Wednesday, 6 June 2012
Friday, 1 June 2012
Pejabat Urusan KHSAR
Lakaran pelan Pejabat Urusan KHSAR yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Berikut adalah alamat penuh pejabat urusan KHSAR ;
2 - 2 - 2A, Jalan Medan PB2A,
Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Berikut adalah alamat penuh pejabat urusan KHSAR ;
2 - 2 - 2A, Jalan Medan PB2A,
Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi,
43650, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Friday, 6 April 2012
KHIDMAT TERBAIK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Khidmat Hartanah Smaat Ayob & Rakan Sdn Bhd telah didaftarkan secara rasminya pada December 2012 untuk memberi khidmat Hartanah kepada anda!
Antara Khidmat yang diberikan:
1) Pengambilan tanah dibawah APT1960
2) Pencarian tanah
3) Permohonan Kelulusan tanah untuk sebarang aktiviti
Untuk makluman lanjut hubungi:
Mohd Za'im Mohdas
tel: 0126040422
email : zaimmohdas.khsar@gmail.com
FAX 03 8926 2858
Khidmat Hartanah Smaat Ayob & Rakan Sdn Bhd telah didaftarkan secara rasminya pada December 2012 untuk memberi khidmat Hartanah kepada anda!
Antara Khidmat yang diberikan:
1) Pengambilan tanah dibawah APT1960
2) Pencarian tanah
3) Permohonan Kelulusan tanah untuk sebarang aktiviti
Untuk makluman lanjut hubungi:
Mohd Za'im Mohdas
tel: 0126040422
email : zaimmohdas.khsar@gmail.com
FAX 03 8926 2858
Subscribe to:
Posts (Atom)