Tuesday, 26 June 2012

Cukai Tanah


Cukai Tanah merupakan cukai yang dikenakan ke atas tanah yang mempunyai hakmilik yang terdapat dalam sesebuah daerah dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri pada tiap - tiap tahun. Cukai tanah mengikut Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai:
i) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa negeri (PBN) sebagai cukai sewa.
ii) Apa-apa pembayaran tahunan lain terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undan bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah cukai sewa atau hasil tanah.
iii) Apa-apa bayaran terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai sewa.

Pemilik tanah, orang atau badan berkepentingan bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah bagi hakmilik masing - masing. Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis 6A (Notis Peringatan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah kepada pemilik tanah individu atau syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah beserta denda lewat seperti yang dituntun) dikeluarkan kepada:

i) mana-mana individu yang mempunyai tunggakan cukai selama 5 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 500.
ii) mana-mana syarikat yang mempunyai tunggakan cukai selama 3 tahun atau jumlah tunggakan melebihi RM 1,000.

Cukai tanah ditentukan mengikut:
  • Kegunaan Tanah: Kediaman,Perusahaan,Perniagaan,Pertanian,
  • Taraf Tanah: Mukim,Pekan,Bandar
  • Kedudukan tanah
  • Keluasan tanah
  • Dalam atau luar kawasan Rezab Melayu - DESA
Sekiranya mana-mana individu atau syarikat yang masih gagal membayar jumlah tunggakan cukai beserta denda yang dituntut di dalam Notis 6A itu, perintah melucuthak di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diteruskan yang mana pemilik tanah akan kehilangan tanah mereka.
Sumber: ptg.melaka.gov.my/  cukaitanahseremban.blogspot.com

No comments:

Post a Comment