Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam post kali ini, ingin kami kongsi bersama sedikit maklumat berkenaan Akta Pengambilan Tanah 1960. Perkongsian maklumat ini adalah bertujuan memberi kefahaman serba sedikit kepada pengunjung blog ini dimana kebanyakkan Akta Pengambilan Tanah ini diguna pakai dalam perlaksanaan pembangunan negara.
Tanah merupakan sumber terpenting dalam mempergiatkan pelaksanaan pembangunan negara kita. Segala bentuk pembangunan samada pembangunan sosio ekonomi ataupun pembangunan fizikal memerlukan tanah sebagai aset utama. Contohnya tanah-tanah pertanian dan industri yang digunakan secara optimum, efisien dan berkesan telah dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Melalui perancangan pelan pembangunan yang strategik dan bersifat globalisasi secara tidak langsung telah mewujudkan pelbagai rangkaian peluang pekerjaan kepada masyarakat negara kita dan faktor ini turut membantu meningkatkan taraf ekonomi dan kedudukan kewangan penduduk negara yang sekali gus menepati keperluan kebajikan dan sosial mereka. Selain daripada itu keperluan-keperluan lain juga amat diperlukan oleh penduduk negara ini bagi peningkatan kualiti hidup seperti keperluan perumahan. Namun demikian, pembinaan rumah-rumah sahaja tidak mencukupi kerana secara tidak langsung ia turut menuntut keperluan kawasan lapang, lain-lain kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan lain-lain keperluan kemasyarakatan. Dalam kerancakan aktiviti sektor perumahan, keperluan turut difokuskan kepada pembangunan infrastruktur tertentu yang merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan seperti pembinaan jalan raya dan lebuhraya.
Sumber : www.instun.gov.my(bersambung pada bahagian 2)
No comments:
Post a Comment